Monday, March 14, 2011

Harapan Fantasi

Langit biru, awan putih
Hujan selalu menziarah
Guruh petir datang bertandang
Dia di bawah hanya memandang
Memandang terus ke atas
Mencari sinar berupa harapan

Kekadang itu
Sinar itu bahana mimpi
Menyengat dan menyengat
Senantiasa dia rebah
Dalam rebah dia berfikir
Berfikir dan berminda
"Aku hanya berharap dalam fantasi"

Telaga gelap tanpa dasar
Menjadi kubur harapan fantasi
Dia bukan lagi dia
Satu tekad
Dia henti harapan berfantasi

nukilan:
Shun Hotaru

Thursday, March 3, 2011

Indah Malam

Pabila malam menjelma
Hanya gemerlapan bulan dan bintang
Bercahaya menyinari suasana
Bunga-bunga tertunduk malu
Melihat kunang-kunang
Mesra berterbangan

Dingin malam
Membuai-buai alunan dedaun
Bertemankan
Cengkerik bernyanyi-nyanyi
Menggamit hati ini
Menyukuri akan
Keindahan itu

nukilan:
Shun Hotaru

Nama Itu Sungguh Indah

Tiap detik
Tiap saat
Aku memikir nama itu
Mendengar nama itu
Melihat nama itu
Mentafsir nama itu
Hati ini tersenyum sendiri

Secantik tulip putih
di taman mawar merah
Terpahat ukiran
di pohon sakura
Seperti bintang-bintang
di langit malam
Ya...
Nama itu sungguh indah.

nukilan:
Shun Hotaru

Aku, Kau dan Dia

Aku, kau dan dia
Masih berkhayal
Dalam fantasi sendiri
Mencari satu cahaya
Cahaya harapan

Aku
Terbuai dalam mimpi
Lautan bunga menjadi latar
Mengintai tulip putih
Penyeri hati

Kau
Berjalan mengikut angin
Melangkah dan terus melangkah
Mencari satu pahon
Pohon rendang membawa damai

Dia
Terkapai-kapai di awangan
Tiada arah tiada hidayah
Ke langit tidak tercapai
Ke bumi jatuh berkecai
Masih di awangan

Aku, kau dan dia.....
Aku, kau dan dia.....

nukilan:
Shun Hotaru

Wednesday, March 2, 2011

Sudut Sunyi

Pena kuning menulis lagi
Ruang diisi tanpa kata
Hanya bisikan tanpa suara
Aku menulis
Mengisi ruang hati
Sunyi

Aku di sudut
Tanpa sahabat duka tawa
Pena dan kertas
Peneman sejati di kala berduka
Alunan irama di kala tertawa
Aku masih di sini
Sendiri di sudut

Seribu wajah menari di panca
Hilang ditelan kabus
Imbasan memori semata
Hanya aku di sini
Di sudut sunyi 

nukilan:
Shun Hotaru

Thursday, February 17, 2011

Ku Pendam Seribu Sepi

Satu tabir
Ditayangkan pada skrin
Skrin bebola mata jernih
Satu kebesaran Ilahi
Alam berbumbung langit biru

Menungan berkala
Sekejap ke hadapan
Sekejap ke belakang
Sekejap di awangan
Penghujung hanya kosong

Keluhan yang terpunak
Membeku dari hati
Pergi untuk ketenangan
Tapi... Tapi...
Hati masih membeku
Terbeban dengan seribu kata
Seribu tanda tanya

Seperti aku
Bisu dalam kata-kata

nukilan:
Shun Hotaru

Thursday, January 27, 2011

Dia Hanya Mimpi

Angin permai menyapa tubuh
Nyaman memeluk sanubari
Harum wangi menerpa ruang
Cahaya menyinar dalam meminar

Rambut hitam dibelai lembut
Dibelai lembut jari mulus
Panca mata bergerak perlahan
Aku melihat dia, aku memandang dia
Dia yang di hati kini di mata

Senyuman manis penyeri wajah
Gelak tawa penambah perisa
Genggaman erat pengukuh ikatan
Dia di mata, aku tersenyum
Dia di hati, aku bahagia

Dunia kembali gelap
Aku di awngan sendiri
Panca mata kembali melihat
Hanya satu mimpi
Mimpi fantasi tanpa realiti
Dia hanya dalam hati


nukilan:
Shun Hotaru

Wednesday, January 26, 2011

Santai Morib

Bersantai merenung di Pantai Morib
Menunggu sang suria pergi berlabuh
Ukiran nama di pasir jernih
Hilang di sapu ombak kecil
Membawa seribu memori

Di batuan runtuhan
Masih bersantai memandang laut
Melihat gelagat manusia di tepian
Si dewasa menerbangkan layang-layang
Si kecil melompat kegirangan
Melihat layang-layang dibuai angin

Pasang air mula mendatang
Membawa buih-buih laut bersama
Jingga suria mula membias
Melukis satu saujana
Burung terbang ke sarang
Ketam bergegas ke lubang
Aku tinggalkan nama sebelum pulang

nukilan:
Shun Hotaru

Tuesday, January 18, 2011

Love Your Live

Assalamualaikum...

Hidup ni ada yg happy, ada yg sedih, ada yg duk tengah2 ( happy tak sedih pon tak )...
Kadang-kadang tu, orang cakap hidup ni bosan. Der, mmg bosan la kalau duk terperuk dalam bilik je. Manusia ni kan, macam-macam cara diorang nak enjoy life. Cara pelik-pelik pon ada. Cara yang tahap gampang gile babi pon ada. Memang kreatif diorang ni, kreatif ke arah gampang. Hahaha.

Tapi, aku dan korang-korang yang ISLAM, hidup ni untuk mencari keredhaan-NYA. Ni aku nasihat diri aku pakej aku nasihat korang sekali. Hidup ni kena la balance, dunia dan akhirat. Kan? Kan? Betul tak apa aku cakap? Nampak alim kan aku nasihat korang. Ikhlas ni wei aku nasihat.

As human being, just love your life.



Meaning :

The continuation of this story
Let's fill in the pages from here
on one of those casual days
when I'm waiting for many miracles
I'll try singing a new melody to myself.

Today, again, the sun shines on me
and I can live on
with just that, I can taste happiness
Thank you for everything I see
I'll live on
searching for a new song everyday

I have a round bag
and headphones like apples
When I get a little hungry
I have mille-feuille with strawberries
These things let me forget this feeling of loneliness for a little while

Today, again, the sun shines on me
and I can live on
with every hurdle in front of me, one after another
I get stronger when I clear it
I'll live on
searching for a new me every day

I have kind friends and coffee breaks
Time for relaxing is also important
If you can walk out at your own pace
you'll find an original treasure

The continuation of this story
I meet you and it changes
A spark, a thought, a sketch
any idea is welcomed
Tell me many things that I don't know

Today, again, the sun shines on me
and I can live on
with just that, I can taste happiness
Thank you for everything I see
I'll live on
searching for a new song everyday

Thank you, everyone that I meet
I'll live on
searching for a new world everyday

Para pa pa pa pa pa
Para pa pa pa pa pa
Tara ra
Para pa pa pa pa

Para pa pa pa pa pa
Para pa pa pa pa pa
Tara ra
Para pa pa pa pa

*Nihon no uta suki desu.

Saturday, January 15, 2011

Realiti Fantasi

Aku hanya kunang-kunang
Terbang mencari satu realiti
Dari dunia fantasi tiada bernama
Cahayaku menyuluh arah
Untuk aku terus terbang
Terbang dan terbang

 Imaginasi aku dalam fantasi
Fantasi aku dalam imaginasi

Dalam fantasi aku melihat
Dalam fantasi aku mendengar
Dalam fantasi aku berbicara
Dalam fantasi aku menulis
Dalam realiti aku berfantasi

Aku hanya kunang-kunang
Bersuluh cahaya
Dari fantasi maya

nukilan:
Shun Hotaru

Friday, January 14, 2011

Satu Langkah

Bismillah…

Ha, tu baru pembuka, belum penutup lg der. Aku ni fikir punya fikir punya fikir, last2 aku buat juga blog. Ikut trend semasa la katakan.  Hat tuih, poyo je lebih.
Sebenarnya,aku pon xtau kejadah pe aku nak tulis dalam ni. Member aku duk suruh aku buat blog…

Member: buat je la blog tu…
Aku : kalau aku buat, benda alah pe aku tulis???
Member : tulis je ape yg kau rase nk tulis.
Aku : cakap senang la bai ( dlm ati je )

Hmm, nak tulis pe lg ni. Kan da ckp, aku mmg fail bab2 menulis ni. Time upsr, pmr, spm, punya la perah kepala otak nk cari idea. Haih….

Penutup pulak ye…

Jadi, dgn ini aku/gua/saya, manusia di sebalik topeng putih mewujudkan blog ini.
( sampai bila la blog ni buleh bertahan bernyawa )


THE UNNAMED FANTASY


"apa yang terfikir... itu yang ditulis"