Thursday, December 25, 2014

Angin... Andai engkau ke selatan, 
Bisikkan sayang ku padanya
Agar dia tahu kasih ini
Tetap untuknya. 

Angin... 
Khabarkan pada hatinya
Secebis harapan masih ada
Tidak akan kulepas
Walau aku luka.

Angin... 
Sampaikan maafku
Maaf kerana lemah
Maaf kerana luka
Maaf kerana menangis

Angin... Jika engkau kembali,
Kirimkan aku ketawanya, tangisnya
Kirimkan aku bahagianya
Untuk aku, dikala duka. 
Untuk aku, dikala suka. 

Angin... Aku cinta dia. 
Walau hanya dalam mimpi. 


December 25, 2014.
3.28 AM

Fakruddin Rahman

No comments:

Post a Comment